Kantoinsaf’s Weblog

Entries from February 2008

Utk Wanita :2 Tabiat Bawa Ke Neraka

February 19, 2008 · Leave a Comment

Untuk Wanita: 2 Tabiat Bawa Ke Neraka..
 
Assalamu’alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk
kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak.

Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah
ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.”
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.”
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham
suami’.
Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.’
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita”

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya” .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
“Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.”
Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW”

Categories: PANDUAN INSAN

Ustaz Azhar (losong 8.9.7)

February 17, 2008 · Leave a Comment

Categories: Ceramah Video

Ustaz Aqil Hayy – Curi Keranda (Part-006)

February 17, 2008 · Leave a Comment

Categories: Ceramah Video

Ustaz Aqill Hayy – Curi Keranda (Part-005)

February 17, 2008 · Leave a Comment

Categories: Ceramah Video

Ustaz Aqil Hayy – Curi Keranda (Part-004)

February 17, 2008 · Leave a Comment

Categories: Ceramah Video

Ustaz Aqil Hayy – Curi Keranda

February 17, 2008 · Leave a Comment

Categories: Ceramah Video

Sah solat berimam Syiah

February 14, 2008 · Leave a Comment

SAYA pernah mengembara ke sebuah negara di Timur Tengah dan singgah bersolat secara berjemaah di sebuah masjid.

Umumnya penduduk di negara terbabit berfahaman Syiah, sedangkan saya aliran Sunnah. Adakah sah solat berjemaah saya sekiranya imam terbabit dari fahaman Syiah?

AMAR,
Selangor

JAWAPAN:

SAH solat berkenaan, selagi imam terbabit mengerjakan solat menepati rukun yang ditetapkan. Sebagai makmum boleh mengikuti solat yang diimamkan oleh mereka berbeza fahaman atau mazhab.

Tetapi sekiranya imam terbabit adalah dari kumpulan fahaman Syiah yang diisytiharkan terkeluar dari Islam, solat berjemaah itu tidak sah.

Ini boleh diketahui misalnya melalui rukun solat, sekiranya solat yang sepatutnya dilakukan empat rakaat ditambah menjadi enam rakaat, tidak sah solat terbabit.

Begitu juga sekiranya mendapati berlaku perubahan pada rukun lain, makmum boleh berniat mufarakah (berpisah dari imam). Dalam solat berjemaah sesama mazhab juga jika ada kecacatan pada rukunnya, makmum boleh mufarakah.

Categories: PANDUAN INSAN

Baca al-Qur’an di kubur bidaah?

February 14, 2008 · Leave a Comment

baca.jpg 

ZIARAH kubur menjadi amalan bagi sesetengah anggota masyarakat dan tidak terkecuali bagi orang Melayu, terutama pada hari kebesaran seperti hari raya.

Apabila berziarah, kita akan berzikir atau membaca tahlil untuk disedekahkan kepada arwah.

Ada juga yang membaca ayat suci al-Quran seperti al-Fatihah, Yasin dan disusuli doa dengan harapan roh si mati mendapat keampunan dan ditempatkan di kalangan golongan aulia dan alim.
Namun, timbul dakwaan amalan membaca al-Quran di kubur dilarang beralasan Rasulullah s.a.w tidak melakukan perbuatan itu malah tiada dalil mengenainya. Jika dilakukan ia dikira bidaah.

Justeru, wujud perbezaan pendapat yang mungkin mengelirukan umat Islam mana satu yang betul dan perlu diikuti, sama ada harus membaca al-Quran atau tidak harus membacanya?

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, berkata amalan membaca al-Quran di kubur adalah perkara ranting dalam agama, bukannya perkara tunjang mendasari iman dan Islam.

“Amalan ranting biasanya bersifat elektif bukannya subjek teras untuk seseorang mukmin.

“Oleh itu, mengamalkannya dikira satu kebaikan. Manakala meninggalkannya bukanlah satu kecelaan,” katanya.

Menurutnya, untuk memberikan justifikasi dalam perkara ini boleh dirujuk kepada lembaran suci al-Quran antaranya ayat 21 surah as-Thur, ayat 38 dan 39 surah an-Najm, ayat 261 surah al-Baqarah, ayat 82 surah al-Kahf dan ayat 204 surah al-A’raf.

Katanya, dalil syarak ada ketika bersifat qatie (tetap) dan ada ketika pula bersifat dzanni (membuka ruang kepada ulama untuk berijtihad).

“Justeru, perbezaan pendapat di kalangan ulama adalah perkara biasa. Lebih-lebih lagi dalam permasalahan ranting agama.

“Namun, kita perlu mengambil pendekatan bijak dan bersikap sederhana ketika berinteraksi dengan situasi ini. Ini penting supaya kehidupan seharian menepati hukum syarak.

“Ia juga bagi mengelak diri bersikap keras kepala terhadap amalan yang diiktiraf ulama,” katanya.

Beliau berkata, amalan membaca al-Quran di kubur berteraskan kepada dalil yang pelbagai yang ada ketikanya berstatus sahih, hasan, daif dan amat daif.

Katanya, Imam Muslim meriwayatkan: “Setiap anggota tubuh kamu berpagi-pagian dengan sedekah ke atasnya. Setiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap tahlil adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh yang makruf adalah sedekah. Melarang yang mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diperoleh melalui dua rakaat solat pada waktu dhuha.”

“Imam al-Qurtubi mengatakan berdasarkan dalil inilah ulama menggalakkan menziarahi kubur kerana bacaan al-Quran itu bagaikan buah tangan untuk si mati yang dibawa penziarah kubur.

“Imam Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari mengatakan hadis ini memberi kita satu kefahaman bacaan al-Quran juga termasuk dalam erti kata sedekah menurut syarak.

“Sebenarnya isu klasik ini sudah diselesaikan ulama dengan jayanya. Antaranya Muhammad bin Ahmad al-Muruzi yang berkata: Aku mendengar Ahmad bin Hanbal berkata: Apabila kamu masuk ke kubur, bacalah Fatihah al-Kitab dan ayat Muawwizatain dan surah al-Ikhlas. Jadikanlah pahalanya untuk penghuni kubur itu kerana pahalanya itu sampai kepada mereka.”

“Dalam kitab al-Azkar bawah tajuk: Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian? Imam an-Nawawi menyebutkan: As-Syafie dan kalangan sahabat (ulama Syafiiyyah) mengatakan: Disunatkan membaca di sisi kubur sesuatu daripada ayat al-Quran. Mereka mengatakan: Jika mereka mengkhatamkan al-Quran semuanya, itu adalah (sesuatu yang) baik.

“Imam al-Zahabi dalam Takzikah al-Huffaz ketika membicarakan biodata al-Khatib al-Baghdadi menyebutkan: Tatkala beliau meninggal dunia orang membacakan al-Quran di atas kuburnya dengan beberapa kali dikhatamkan.

“Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata: Aku bertanya kepada al-Syafi’ie mengenai bacaan al-Quran di kubur. Lalu beliau menjawab: Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya: Orang Ansar apabila berlaku kematian di kalangan mereka selalu mengunjungi kubur untuk membaca al-Quran di sisinya.”

Zamihan berkata, himpunan dalil yang ada menjelaskan perbuatan itu sebagai amalan sunat atau aksesori saja.

“Kita perlu memahami permasalahan usul dan furuk (cabang) secara menyeluruh serta dalil dan kaedah syariah yang jelas.

“Hal ini penting supaya sesuatu isu yang dirumus benar-benar menepati tuntutan syarak, di samping boleh mengelak diri dari bersikap fanatik dan melampau,” katanya.

Beliau berkata, amalan yang tidak dilakukan Rasulullah s.a.w dan generasi salaf (terdahulu) tidak boleh dijadikan alasan untuk mengharamkan sesuatu amalan selagi tidak ada tegahan putus daripada nas syarak.

Ketua Penolong Mufti, Jabatan Mufti Perak, Zamri Hashim, berkata jika masuk kawasan perkuburan lalu menyedekahkan bacaan al-;Fatihah, ada ulama mengatakan sunat.

“Tetapi mazhab Imam Malik mengatakan makruh, namun pengikut mazhab itu yang kemudian mengatakan tidak sedemikian.

“Ulama aliran Syafie ada membuat komentar pada hadis berkaitan pelepah tamar yang dibelah dua oleh nabi, kemudian baginda memacakkannya satu di atas kubur orang ini dan satu lagi di atas kubur yang lain. Kemudian baginda bersabda mudah-mudahan ia dapat meringankan azab mereka berdua selagi kedua-duanya tidak kering.

“Daripada hadis di atas ulama terbabit melakukan istinbat (mengambil usul) mayat itu mendapat manfaat daripada bacaan al-Quran, kerana pelepah tamar iaitu hanya tumbuhan dan berkeyakinan ia bertasbih, inikan pula manusia.

“Pasti bacaan ayat suci itu lebih istimewa daripada pelepah tamar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, Ibnu Taimiyah pernah mengatakan sampai pahala bacaan al-Quran apabila ditanya mengenai bacaan al-Quran untuk mayat serta tasbih, tahmid, tahlil dan takbir jika dihadiahkan kepada mayat.

“Dalam hal ini yang penting jangan suka menyalahkan orang. Jika hendak buat, kita buat dan jika tidak mahu buat, lebih baik berdiam diri,” katanya.

Categories: PANDUAN INSAN

Berdoa dalam Sujud

February 10, 2008 · Leave a Comment

BERDOA dalam sujud

Pertanyaan:

BOLEH TIDAK BERDOA DALAM SUJUD SHOLAT FARDHU??

Dwi

Jawaban:

Assalamu alaikum wr.wb.
Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Ash-sholatu was-salamu ala nabiyyina Muhammad, wa ala alihi wa shahbihi ajma’in. Amma ba’du.

Salah satu waktu yang tepat bagi kita untuk berdoa kepada Allah adalah di waktu sujud. Dalam hal ini Rasul saw. bersabda,

Jarak terdekat antara hamba dengan Tuhannya adalah saat ia bersujud. Karena itu, perbanyaklah berdoa ketika itu.” (HR Muslim)

Beliau juga bersabda, “Aku dilarang untuk membaca Alquran saat ruku dan sujud. Di saat rukuk hendaknya kalian mengagungkan Tuhan. Adapun di saat sujud hendaknya kalian berusaha untuk berdoa. Sebab, ia sangat layak untuk dikabulkan.” (HR Muslim).

Dengan demikian, jelas kita disuruh untuk memperbanyak berdoa saat dalam kondisi sujud karena itu adalah saat terkabulnya doa. Karenanya sujud adalah saat yang sangat tepat bagi kita untuk memanjatkan doa apa saja seperti yang diajarkan oleh Allah dan Rasul-Nya. 

Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada kita semua.
Wallahu a’lam bish-shawab.
Wassalamu alaikum wr.wb.

Categories: PANDUAN INSAN

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH

February 9, 2008 · Leave a Comment

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH

Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, “Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya.” Demikian angkuhnya Amar. 

Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya. 

Rasulullah s.a.w.  menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan. 

“Untuk apa ikut ke mari ya Amar?” Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, “Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi.” Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: “Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya.” Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, “Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t..” 

“Jika kamu tidak tahu orangnya.” Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, “Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit.” Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini

Categories: KESAH TELADAN